IT'S KABA DAY!!

Thursday, March 17, 2011 Edit This 0 Comments »
salam dan selamat malam pembaca tegar blog semua.

Harini saya pergi ke salah satu kawasan pedalaman sarawak. nama tempatnye KABA'. We will pronounce it as KABAK. Just as simple as ABC. (^^)v

Plan pada hari ini ialah melawat kebun kelapa sawit yang dimasuki air & melawat KABA itu sendiri. 

Since hujan lebat melanda kawasan KABA, kebun kepala sawit pak usu pun kebanjiran. Ditambah dengan sistem perparitan yang xberapa elok, kami (my cousin and I) hanya mampu bermain di kaki air parit je.hehehe...

Airnya tersangat lah cantik. Airnye warna hitam dari mata kasar. Tapi jgn terkejut kalau org kata airnye bersih sebab itu air mata air. Well, I guess it is full of mineral. Lagipun airnye bukan mata air dari air terjun. So, kalernye pun lain, coklat tetapi jernih. Serius, bak kata nek laki sepupu saya, fatin namanye air tu boleh diminum tau. Air tu sama dengan air perigi. Well, that is so fascinating to me.

Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke KABA. Ada kampung kecil kat situ. KABA ni kawasannya tepi sungai je.Sampai sana, kami kemas2 umah kampung yang dah lama ditinggalkan. Debunya, MasyaAllah....menyegat...

Habis kemas2, makan2, masa untuk bersiar2!! The most part I ever like =). ngee~ Jalan2 nampak ayam, itik yang sangat kiut...kambing pon ader..angsa je aku xjumpa lagi. Actually, I really like those stuff. So excited~ Gambar pon banyak gak ditangkap. Tanpa membuang masa lagi, kita tgk gambar2 ini........................

 jelapang padi huma

 jelapang padi huma lagi~

 lagi jelapang padi huma~
 sekolah pedalaman. kecik je sekolah ni...

 kat sini pon ade bonsai......

 bonsai lagi~

 welcome to kampung hilir kaba.....

 rumah nenek laki fatin..
 yang itu sepupu saya, fatin~



Bye kaba~ nanti datang lagi~~

Minggu Pertama Sebagai Guru

Sunday, March 06, 2011 Edit This 0 Comments »
salam semua.




Untuk pengetahuan semua, minggu ni merupakan minggu pertama saya menjadi seorang guru. Jadi guru di sekolah agama lagi tu.


Hari Pertama


Saya dapati tenaga pengajar di situ semua ustaz n ustazah belaka. Aduh~ xboleh la nak rock mcm selalu. Cakap pun kene la lebih bersopan.... Xdapat nak gelak kuat2 macam selalu....
Hm..kalau macam ni, terpaksa la berhipokrasi =)
Nasib baik la jadi guru ganti je. 
Cikgu2 kat situ xramai yg peramah. Sibuk kot ngan keje masing2. Ntahla.


Masuk kelas, murid-murid semua excited. Sampai ke kasut diperhatikan nye. Kekok gak. Tp xpe. Yang penting ilmu mesti diperturunkan.




Hari ke2


Semakin menjadi perhatian murid-murid di situ. Bile dalam kelas, pelajar perempuan mesti tgk kasut yang dipakai. 'Cantik la kasut cikgu~' kata mereka.




Hari ke3


'Kasut cikgu macam kasut Lady Gaga lah.' Tersentak aku mendengarnya. 

Padan la cikgu-cikgu kat bilik guru tu asyik menjeling je..


Kasut yang dipakai masa jadi cikgu.thee~

Aku Sudah Kembali

Saturday, February 26, 2011 Edit This 0 Comments »
hai.
salam untuk semua.
selamat pagi diucapkan kepada pembaca blog tegar.



Setelah lama aku menyepi, kini aku sudah kembali. Kembali dengan nafas baru.

Cerita lama yang berbaur negatif yang pernah kuutarakan sebelum ini harap dimaafkan jika menyentuh hati dan perasaan seseorang.

I was very much dissappointed at that time. And at the same time, I wasn't mature enough to express my feeling towards someone.

Cakap men hentam saja waktu itu. Aku memohon maaf atas segala kesilapan aku. Memang, aku berasa kesal dengan diriku.

Well, yang dah jadi biarlah terjadi. Kita perlu teruskan hidup.
*
*
*
Terus ke topik seterusnya
Zzzzzz
Zzzzzzzz
Zzzzzzzzzzzzzzzz

Selepas ini aku tetap bercerita tentang pengalaman diriku. The spices, the bitterness, the sweetness and the sourness of my life.

Malam ni tanggal 26 haribulan 2, jam 1:40 pagi kami beronline secara berjemaah. Mama pon ade sekali. Mantap beb~


Kami stay up malam ni sedangkan awal pagi nanti kami nak bertolak ke saratok. Perjalanan 6 jam lak tu. Bapak dah tido awal lagi. Bapak je la drive nanti ye.Kami nak tido je nanti.hehe...